Tuesday 29 April 2014

Kota Perdana

Penghuni kediaman ini menghadapi masalah saluran paip sinki dapur ke 'gully trap' tersumbat.

Saiz paip sedia ada yang digunapakai adalah 2". Saiz 2" untuk paip saluran dari sinki dapur ke 'gully trap' tidak sesuai untuk sinki 'wet kitchen' kerana sisa/lemak dari buangan sinki bagi 'wet kitchen' adalah lebih banyak daripada 'dry kitchen'. 

Akibatnya penghuni akan menghadapi masalah saluran paip tersumbat.

Solusi bagi masalah saluran paip tersumbat ini ialah dengan membuang segala macam sisa/lemak yang tersekat pada saluran paip tersebut.

Setelah selesai, pengujian ('flushing test') dilakukan dengan menggunakan tadahan air di dalam baldi. Kemudian curah air tadahan tersebut ke dalam saluran paip tersebut. 


*Tips: 
  1. Sekiranya air yang dicurah tidak mengalir dengan lancar, maknanya masih terdapat sisa/lemak yang menyekat saluran paip tersebut. Proses membuang sisa/lemak perlu diulang.
  2. Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa menuangkan air panas ke dalam saluran paip tersebut (sekurang-kurangnya sebulan sekali) bagi membolehkan lemak-lemak cair seterusnya mengalir bersama air sekaligus dapat mengelak paip tersumbat.



Penghuni rumah ini juga meminta saya memindahkan basin dari bilik air utama ke bilik air ke-dua.

Saluran paip untuk basin bilik air utama di 'plug', bagi menyekat paip air. 'Plug' ini boleh dibuka semula sekiranya penghuni ingin menguna kembali paip tersebut.

Proses pemasangan basin di bilik air ke-dua juga melibatkan pengantian 'waste' dan 'flexible hose' yang baru. 'Waste' yang lama sudah tidak boleh dipindah guna kerana karat yang teruk. Manakala 'flexible hose' diganti kerana terdapat kebocoran pada 'flexible hose' sedia ada.

** Maaf tiada gambar untuk entri kali ini. Tidak sempat ambil gambar disebabkan perlu segera menyiapkan kerja kerana ada pelangan lain sedang menunggu. 


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya










No comments:

Post a Comment