Wednesday 30 April 2014

Puchong Utama

Agen rumah ini menelefon saya berkenaan masalah paip air di rumah yang bakal disewakan di Puchong Utama.

Agen rumah ini dapat no telefon saya melalui Mudah.my.

Masalah yang dinyatakan ialah tekanan air rendah dan di tandas/bilik mandi rumah tersebut.

Setelah membuat pemeriksaan, saya mengambil keputusan untuk membuat 'by pass pipe' bagi saluran paip ke bilik mandi/tandas.

Agen rumah ini juga meminta saya menukar basin tap untuk ketiga-tiga bilik mandi/tandas tersebut.

Berikut adalah gambar kerja-kerja yang telah dilakukan;

Gambar 1 : Sambungan 'by pass'
yang dilakukan

Gambar 2 :Turutan kerja-kerja menukar
tap untuk basin 
Rekabentuk rumah terkini tidak lagi menggunakan sambungan paip bagi sambungan ke tap tetapi telah mengalami evolusi iaitu dengan menggunakan sambungan 'flexible hose' seperti mana basin di projek Kota Perdana saya. 

Sambungan dengan menggunakan 'flexible hose' adalah lebih mudah dan menyenangkan sekiranya penghuni mahu menukar tap yang lain di kemudian hari.

Hari ini agen rumah tersebut telah 'membuli' saya dimana dia miminta saya menukar 'door knob' untuk dua (2) pintu bilik rumah tersebut. Sambil menyelam minum air, sambil baiki paip, boleh belajar sekali cara pasang 'door knob' a.k.a tombol. Think +ve ma.. Malaysia Boleh ! hehe...

Untuk pengetahuan, rumah ini adalah rumah teres dua (2) tingkat dan berada di unit tengah/'intermediate unit'. Menurut agen, rumah ini akan disewakan dengan kadar RM1,200.00/sebulan.

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya






1 comment:

  1. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative..
    Robinet

    ReplyDelete