Sunday 6 July 2014

Kinrara (2)

Jenis Kediaman : Apartment
Masalah : Pili paip bocor dan hos bidet pecah/bocor.
Penyelesaian : Tukar getah pili paip kepada getah yang baru; tukar gos bidet yang baru.
Tahap Kesukaran : 1/5 ~ pemilik perlu berurusan dengan pihak pengurusan bangunan bagi penutupan pili paip utama.



Getah pili sudah haus dan air keluar
melalui sambungan antara kepala
pili dengan badan pili
Hos bidet pecah





















Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

Puchong Prima (4)

Jenis Kediaman : Apartment
Masalah : 'Stop cock' untuk pancuran mandi tidak berfungsi, tuil 'cistern' jamban patah.
Penyelesaian : Tukar 'stop cock' dan tuil 'cistern' kepada yang baru. 
Tahap Kesukaran : 2/5 ~ perlu melakukan sedikit kerja-kerja 'hack'


'Stop cock' pancuran mandian tidak
berfungsi
Tuil 'cistern' jamban patah

















Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

Monday 30 June 2014

Saujana Puchong (2)

Jenis Kediaman : Teres 2-tingkat
Masalah : Paip ke sambungan basin tandas patah & 'stop cock' pancur mandian tidak berfungsi dengan baik.
Penyelesaian : Tukar sambungan paip dan ganti kepala 'stop cock' yang baru

Tahap Kesukaran : 3/5 ~ perlu melakukan sedikit kerja-kerja 'hack' pada dinding.




Paip patah pada hujung 'elbow'
Sambungan paip ditukar kepada
'PT/faucet socket' bagi membolehkan
sambungan 'flexible hose' digunakan


























Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

Bandar Bukit Puchong 2

Jenis Kediaman : Apartment (tingkat bawah)
Masalah : Bocor pada sambungan paip perkhidmatan (ke sinki dapur) dan bocor pada sambungan injap utama
Penyelesaian : Tukar sambungan paip dan ganti injap yang baru
Tahap Kesukaran : 2/5 ~ perlu melakukan sedikit kerja-kerja 'hack' pada dinding.



Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya



Thursday 29 May 2014

USJ

Jenis Kediaman : Teres (2-tingkat)
Masalah : Paip & injap air panas bocor di tandas/bilik air tingkat bawah.
Penyelesaian : Tukar paip & injap yang bocor kepada paip & injap yang baru. 
Tahap Kesukaran : 5/5 ~ tiada kesukaran dalam kerja-kerja paip, tetapi masih belum terima bayaran daripada tuan rumah walaupun kerja-kerja siap sepenuhnya.

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya




Kinrara

Jenis Kediaman : Banglo (2-tingkat)
Masalah : 'Gully trap' & sinki sumbat
Penyelesaian : Servis 'gully trap' & buat kerja-kerja paip yang baharu untuk sinki. (tukar 'flexible hose' untuk sinki kepada paip)
Tahap kesukaran : 2/5 ~ agak 'tricky' untuk padankan 'fitting' paip sedia ada kepada sambung paip yang baru

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya




  

Bandar Puteri

Jenis Kediaman : Apartment (Tingkat 3)
Masalah : 'Cistern' jamban tidak berfungsi
Penyelesaian : Tukar 'siphon cistern' kepada yang baru.
Tahap Kesukaran : 1/5 

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya

Puchong Utama

Jenis Kediaman : Teres (2-tingkat)
Masalah : 'Water mark' & air meleleh di dinding
Penyelesaian : Pecah jubin, ganti paip bocor, pasang jubin & make good
Tahap Kesukaran : 2/5 ~ makan masa yang lama disebabkan kerja-kerja pecah,potong dan pasang jubin

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya

Puchong Prima

Jenis Kediaman : Apartment (Tingkat Bawah)
Masalah : Tangki air sentiasa melimpah
Penyelesaian : Tukar 'Float Valve'
Tahap kesukaran : 3/5 ~ ruang kerja yang sempit


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya
    

Puchong Prima (2)

Jenis Kediaman : Apartment (Tingkat 2)
Masalah : Tangki air sentiasa melimpah
Penyelesaian : Tukar 'Float Valve'
Tahap Kesukaran : 3/5 ~ ruang kerja yang sempit


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya

Puchong Prima (3)

Jenis Kediaman : Apartment (Tingkat Bawah)
Masalah : Paip air sinki terlalu perlahan
Penyelesaian : Pasang paip baru dari meter SYABAS ke sinki
Tahap Kesukaran : 1/5 


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya

Sunday 4 May 2014

Putra Perdana

Pemilik premis lot kedai dua (2) tingkat ini meminta untuk melakukan perpaipan semula dari meter SYABAS ke tangki simpanan air di 'roof top'.

Lawatan tapak ke kawasan premis lot kedai tersebut dibuat dan saya memutuskan untuk mengemukakan sebut harga dahulu sebelum tuan empunya bersetuju untuk perkhidmatan paip saya. 

Berikut adalah sebahagian sebut harga nya;
Gambar 1 : Sebut harga Lot Kedai Putra Perdana
    
Tuan empunya hanya berminat nak tahu jumlah harganya sahaja. Setelah diberitahu jumlah nya, sehingga entri ini dipost masih belum terima maklum balas daripada tuan empunya lot kedai. Anggaplah tiada rezeki untuk projek kali ini.

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya

Taman Teknologi

Pemilik rumah ini mengadu terdapat 'water mark' di dinding bilik utama bersebelahan dengan bilik air.

Menurut tuan rumah, sebelum ini tidak pernah ada sebarang 'water mark' pada dinding berkenaan.



Setelah diperiksa, terdapat kebocoran kecil pada sambungan 'flexible hose' dari paip ke 'basin tap'.(Disebabkan 'white tape' pada ulir paip tidak mencukupi)


Solusi bagi masalah ini ialah dengan menambah lilitan 'white tape' pada paip tersebut dan pastikan sambungan 'flexible hose' diketatkan.


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya




Wednesday 30 April 2014

Puchong Utama

Agen rumah ini menelefon saya berkenaan masalah paip air di rumah yang bakal disewakan di Puchong Utama.

Agen rumah ini dapat no telefon saya melalui Mudah.my.

Masalah yang dinyatakan ialah tekanan air rendah dan di tandas/bilik mandi rumah tersebut.

Setelah membuat pemeriksaan, saya mengambil keputusan untuk membuat 'by pass pipe' bagi saluran paip ke bilik mandi/tandas.

Agen rumah ini juga meminta saya menukar basin tap untuk ketiga-tiga bilik mandi/tandas tersebut.

Berikut adalah gambar kerja-kerja yang telah dilakukan;

Gambar 1 : Sambungan 'by pass'
yang dilakukan

Gambar 2 :Turutan kerja-kerja menukar
tap untuk basin 
Rekabentuk rumah terkini tidak lagi menggunakan sambungan paip bagi sambungan ke tap tetapi telah mengalami evolusi iaitu dengan menggunakan sambungan 'flexible hose' seperti mana basin di projek Kota Perdana saya. 

Sambungan dengan menggunakan 'flexible hose' adalah lebih mudah dan menyenangkan sekiranya penghuni mahu menukar tap yang lain di kemudian hari.

Hari ini agen rumah tersebut telah 'membuli' saya dimana dia miminta saya menukar 'door knob' untuk dua (2) pintu bilik rumah tersebut. Sambil menyelam minum air, sambil baiki paip, boleh belajar sekali cara pasang 'door knob' a.k.a tombol. Think +ve ma.. Malaysia Boleh ! hehe...

Untuk pengetahuan, rumah ini adalah rumah teres dua (2) tingkat dan berada di unit tengah/'intermediate unit'. Menurut agen, rumah ini akan disewakan dengan kadar RM1,200.00/sebulan.

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya






Tuesday 29 April 2014

Saujana Puchong

Pemilik rumah ini membuat panggilan ketika mana aku sedang menyiapkan tugasan di Kota Perdana.

Masalah yang dihadapi adalah tangki air kadang-kadang melimpah airnya, kadang-kadang OK.

Puncanya ialah 'float valve'. Ulir pada 'float valve' yang asal sudah patah dan hampir putus. (sebab itu masalah air melimpah kadang-kadang je berlaku).

Solusinya, tukar je 'float valve' yang baru. Cabaran untuk projek kali ini ialah lokasi tangki yang sangat tinggi. Gunakan tangga yang 10 step pun masih kena bergayut dan panjat untuk masuk ke ruangan tangki air tersebut.

** Maaf, tiada gambar untuk entri kali ini


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya


Kota Perdana

Penghuni kediaman ini menghadapi masalah saluran paip sinki dapur ke 'gully trap' tersumbat.

Saiz paip sedia ada yang digunapakai adalah 2". Saiz 2" untuk paip saluran dari sinki dapur ke 'gully trap' tidak sesuai untuk sinki 'wet kitchen' kerana sisa/lemak dari buangan sinki bagi 'wet kitchen' adalah lebih banyak daripada 'dry kitchen'. 

Akibatnya penghuni akan menghadapi masalah saluran paip tersumbat.

Solusi bagi masalah saluran paip tersumbat ini ialah dengan membuang segala macam sisa/lemak yang tersekat pada saluran paip tersebut.

Setelah selesai, pengujian ('flushing test') dilakukan dengan menggunakan tadahan air di dalam baldi. Kemudian curah air tadahan tersebut ke dalam saluran paip tersebut. 


*Tips: 
  1. Sekiranya air yang dicurah tidak mengalir dengan lancar, maknanya masih terdapat sisa/lemak yang menyekat saluran paip tersebut. Proses membuang sisa/lemak perlu diulang.
  2. Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa menuangkan air panas ke dalam saluran paip tersebut (sekurang-kurangnya sebulan sekali) bagi membolehkan lemak-lemak cair seterusnya mengalir bersama air sekaligus dapat mengelak paip tersumbat.



Penghuni rumah ini juga meminta saya memindahkan basin dari bilik air utama ke bilik air ke-dua.

Saluran paip untuk basin bilik air utama di 'plug', bagi menyekat paip air. 'Plug' ini boleh dibuka semula sekiranya penghuni ingin menguna kembali paip tersebut.

Proses pemasangan basin di bilik air ke-dua juga melibatkan pengantian 'waste' dan 'flexible hose' yang baru. 'Waste' yang lama sudah tidak boleh dipindah guna kerana karat yang teruk. Manakala 'flexible hose' diganti kerana terdapat kebocoran pada 'flexible hose' sedia ada.

** Maaf tiada gambar untuk entri kali ini. Tidak sempat ambil gambar disebabkan perlu segera menyiapkan kerja kerana ada pelangan lain sedang menunggu. 


Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya










Monday 28 April 2014

Iklan di Mudah.my

Perkhidmatan saya telah diiklankan dalam Mudah.my. Berikut adalah link ke iklan tersebut;



Atau anda boleh search di Mudah.my dengan kata carian paip. Jangan lupa negeri carian adalah Selangor ye.

Nak mudah lagi, anda boleh terus menghubungi nombor berikut;

Ahmad : 011-1536 9811


Bandar Bukit Puchong

Penghuni kediaman ini menghadapi masalah air tangki sentiasa melimpah.(Di kala Negeri Selangor sedang menghadapi krisis air, setiap titisan air amat berharga)

Kebiasaannya masalah ini adalah disebabkan kegagalan pada 'float valve'.

Gambar 1:'Float Valve'

'Float valve' pada tangki tersebut didapati sudah reput dan tidak dapat berfungsi lagi.

Hanya valve sahaja yang ditukar, manakala pelampungnya masih boleh diguna.


Gambar 2: 'Float Valve' asal. Sudah teruk sangat
karatnya,dan terputus daripada valve

'Work space' untuk kerja-kerja menukar 'float valve' ini agak sempit. Hanya tangan sahaja yang boleh masuk. Nak jengok kepala ke dalam tangki pun tak boleh. (Inilah antara cabaran sebagai tukang paip)

Setelah semuanya (kerja-kerja 'meraba' dan mengetatkan nut)selesai, kerja-kerja pengujian dilakukan bagi memastikan valve berfungsi dengan baik dan tiada lagi air melimpah. 

*Tips : bagi menggantikan 'float valve' yang sudah rosak, anda dicadangkan menggunakan 'float valve' seperti dalam Gambar 1. Harganya dalam lingkungan RM23-30 sahaja.  

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya





Zen Residence

Gambar 1 : 'Shower Mixer'


Penghuni unit resident ini menghadapi masalah kebocoran pada 'shower mixer' di bilik mandi.

'Shower mixer' ini bocor berterusan walaupun tidak dibuka tuilnya.

Difahamkan, pihak maintenance (ketika masih dalam Defect Liability Period, DLP)telah beberapa kali membaiki masalah bocor berkenaan, namun masalah kebocoran masih berulang.

Disebabkan DLP sudah tamat tempoh, penghuni resident ini mengambil keputusan untuk memanggil En. Ahmad (aku la tu) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.




Gambar 2 : 'Cartridge' (komponen biru & putih)


Setelah disiasat, didapati cartridge untuk 'shower mixer' sudah tidak berfungsi.

Solusinya tukar cartridge yang baru.

Masalah selesai. 'Shower mixer' berfungsi seperti sedia kala dan TIADA masalah bocor lagi.

Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;



Ahmad : 011-1536 9811