Thursday 31 May 2018

Masalah Paip ABS

Acrylonitrile-Butadiene-Styrene atau singkatannya, ABS adalah antara jenis paip (air) yang biasa digunakan di Malaysia.


Berdasarkan pengalaman saya, paip jenis banyak digunapakai oleh projek perumahan tahun 2000 dan ke atas.

Namun begitu, sejak dua (2), tiga (3) tahun kebelakangan ini, ramai pihak perunding M&E kembali menggunapakai paip jenis PVC dalam rekabentuk sistem perpaipan air bersih.

Antara masalah utama paip jenis ABS ini ialah;


  • keras tetapi rapuh-paip mudah reput (bila terdedah kepada matahari/haba-paip dalam bumbung) berbanding PVC; menyebabkan mudah berlaku kebocoran kepada paip (bocor halus)
  • tidak tahan asid-paip mudah bocor terutama paip tertanam di bawah tanah.

Selain itu, paip jenis ABS lebih mahal berbanding PVC.
   *Contoh : Soket 1/2" 
            - ABS RM1.20/unit
            - PVC RM0.40/unit
            - S/S RM3.50/unit
    
   *Harga adalah di hardware sekitar Puchong.Ianya mungkin berbeza di tempat lain. Namun, harga paip ABS tetap lebih mahal daripada PVC









Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

No comments:

Post a Comment