Berdasarkan pengalaman saya, paip jenis banyak digunapakai oleh projek perumahan tahun 2000 dan ke atas.
Namun begitu, sejak dua (2), tiga (3) tahun kebelakangan ini, ramai pihak perunding M&E kembali menggunapakai paip jenis PVC dalam rekabentuk sistem perpaipan air bersih.
Antara masalah utama paip jenis ABS ini ialah;
- keras tetapi rapuh-paip mudah reput (bila terdedah kepada matahari/haba-paip dalam bumbung) berbanding PVC; menyebabkan mudah berlaku kebocoran kepada paip (bocor halus)
- tidak tahan asid-paip mudah bocor terutama paip tertanam di bawah tanah.
Selain itu, paip jenis ABS lebih mahal berbanding PVC.
*Contoh : Soket 1/2"
- ABS RM1.20/unit
- PVC RM0.40/unit
- S/S RM3.50/unit
*Harga adalah di hardware sekitar Puchong.Ianya mungkin berbeza di tempat lain. Namun, harga paip ABS tetap lebih mahal daripada PVC
Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;
Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya